Sunday, 13 November 2016

Tips & Perkongsian Untuk Kurus

Assalamualaikum. Hai korang,

Buat apa je tu? Sihat ke dok? Makan ke belum? Harini nak share tips-tips kempiskan perut. Terutama untuk perempuan yang perut buncit tu.

Masalah perut buncit ni mungkin jadi salah satu masalah yang berat bagi sesetengah pihak. Bagi lelaki perut buncit sudah biasa. Hehehe. Lelaki perut buncit seorang yang setia. Jom baca tips macam mana nak kempiskan perut.

#1 Kurangkan Pengambilan gula yang banyak.
     - Kurangkan minum air yang berkarbohidrat contoh minum air gas melebihi had. Air gas mengandungi gula sangat banyak. Gula yang terdapat dalam air gas boleh menyebabkan kencing manis. Kurangkan ye minum air gas

#2 Minum air semasa makan.
     - Nabi melarang semasa makan minum air. Ia boleh mengembungkan perut dan ia tak elok untuk badan. Seeloknya minum air selepas beberapa minit makan.

#3 Kurangkan garam dalam makanan
     - Garam yang berlebihan akan menyebabkan air tersimpan dalam badan dengan lebih banyak.

#4 Lebihkan senaman secara rutin.
     - senaman satu-satu cara yang sangat efektif untuk korang kempiskan perut tu. Ala bukan susah, buat exercise sikit-sikit je. Dalam bilik boleh buat. Buat lah lompat bintang ke, squat ke, lari setempat ke. Kalau nak lebih lagi pergi gym. Lagi sekejap kempis perut tu. Tak percaya cuba lah

#5 Minum air kosong banyak-banyak
    - korang sendiri tahu kan khasiat air kosong ni. So tak payah nak explain panjang lebar. Huhuhu. Paling tidak korang minum 7 gelas sehari dah cukup dah. Tapi jangan banyak sangat minum air kosong, nanti akan efek buah pinggang.

#6 Makan produk-produk yang mengempiskan perut
     - sekarang trend kosmetik sejak nama Dato Vida dgn Dato Alif Terlajak Laris dah popular. Semua nak jual kosmetik. Huhuhu. Tapi bagus lah. Sekarang dah banyak sangat produk yang boleh kempiskan perut. Search je dekat FB. Tapi jangan ingat lepas makan satu produk tu terus langsing perut hg. Memang tak ler. Kena lah konsisten amalkan produk ye :)


Jadi ini saja lah dulu tips dan perkongsian dari kitorang ye. Semoga manfaat dekat korang. Kalau baik hati tu share ye. muahh. huhuh

Jumpa lagi di entry lain. Okbai

#lanabeauty
#kasijadik

Follow facebook kitorang --> Lana Beauty & Health

Website --> www.lanabeautyhealth.com

1 comment: