Thursday, 3 November 2016

5 Kebaikan Cukup Tidur di Waktu Malam


Assalamualaikum,


Hari ni kitorang nak share sikit pasal kebaikan cukup tidur di waktu malam. Ramai antara kita suka jadi burung hantu waktu malam disebabkan atas alasan masing-masing. Ada yang bekerja, ada yang melepak dan ada juga yang berpesbuk 24jam ! Tahukah anda, bahawa lewat tidur malam ia dapat membantutkan tumbesaran. Itu sebab orang yang pergi gym diorang mengamalkan tidur malam yang cukup. Sebab tu cepat sado mado badan diorang.

Antara kebaikan cukup tidur malam ialah :-

#1. Jantung sihat

Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

#2. Mencegah kanser

Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

#3. Kurangkan stres

Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.

#4. Menyegarkan badan

Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.

#5. Membantu memperbaiki sistem badan

Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

Jadi mana yang suka tidur lewat malam tu, perlahan-lahan lah untuk bertukar gaya tidur yang sihat. Semoga post harini beri sedikit manfaat untuk korang. Jangan lupa SHARE !

#lanabeauty
#share

Jangan Lupa follow Facebook Lana Beauty
--> Lana Beauty & Health 

Dan juga Instagram Lana Beauty
--> @lana.beauties

Lawat juga laman web Lana Beauty
--> www.lanabeautyhealth.com

Sebarang pertanyaan berkenaan Lana Beauty untuk menjadi stokis/ejen boleh hubungi 012 699 5359 atau email kepada lanabeautyhq@gmail.com

No comments:

Post a Comment