Tuesday, 1 November 2016

Khasiat Air Kelapa Muda

Assalamualaikum,

Harini entry kitorang nak share kebaikan minum air kelapa. Air kelapa adalah salah satu minuman yang sangat diminati oleh semua orang dalam dunia ni. Terdapat banyak khasiat-khasiat dalam air kelapa ni. Ia boleh dijadikan penawar sakit, contoh demam. Umumnya ramai yang dah tahu khasiat air kelapa ni, iaitu bermanfaat untuk mencegah dehidrasi.

Manfaat air kelapa untuk tubuh badan.


#1. Mengandungi isotonik.

- Ketika kita lesu atau penat, air kelapa adalah salah satu penawar untuk mencegah kita dari dehidrasi sehingga boleh menyegarkan tubuh badan kembali. Air kelapa mengandungi natrium, kalium, kalsium, dan magnesium.

#2. Untuk pencernaan.

- Air kelapa baik untuk pencernaan kerana kandungannya yang rendah lemak dan kalori, yang juga dapat mencegah dari kelebihan berat badan. Bagi Anda yang mengalami masalah pada organ sistem pencernaan, seperti masalah susah buang air besar, disarankan untuk mengkonsumsi air kelapa hijau sebagai penawarnya.

#3. Menurunkan berat badan.

- Mana yang rasa diri tu dah gemuk sangat, banyak-banyak kan lah minum air kelapa kerana ramai terbukti dengan selalu minum air kelapa boleh menguruskan badan. Daripada korang beli produk yang terlalu mahal tapi tak berkesan, better minum air kelapa. RM2.00 je
 

:D

#4. Membuang racun dalam badan.

- Air kelapa mampu membunuh racun dalam badan dan itu semua masyarakat tahu. Kandungan Tanin dan antidotum (anti racun) di dalam air kelapa hijau sangat tinggi, selain itu tedapat kandungan enzim yang bekerja untuk mengurai zat racun di dalam tubuh.

#5. Menjaga kesihatan kulit.

- Masalah jerawat, kulit kusam, kulit berminyak dapat diatasi dengan minum air kelapa je. Caranya, ambil kapas dan rendamkan dalam air kelapa dan tepek tepek dekat muka yang ada masalah jerawat atau kulit kering.

Banyak lagi yang korang perlu tahu khasiat air kelapa ni. Tapi ni saja yang boleh kitorang share. Nak tahu lagi, stay tuned lah dengan Lana Beauty
 :*
Jangan lupa follow Facebook Lana Beauty

Dan Instagram Lana Beauty
--> @lana.beauties

Sebarang pertanyaan berkenaan Lana Beauty boleh hubungi 012-699 5359 untuk jadi ejen/stokis atau email lanabeautyhq@gmail.com


No comments:

Post a Comment