Okay lah, tanpa berlengah masa, harini kitorang nak share tips untuk turunkan berat badan dengan cepat. Fuyoo! Turunkan berat badan dengan cepat? Boleh ke? Serius ke?
Haa, tu lah korang. Dalam dunia ni semua boleh kalau kita berusaha. Sesiapa yang berusaha dia lah yang berjaya. Banyak cara-cara boleh diguna pakai untuk kurus dengan cepat. Cuma rajin dengan tak rajin je. Jom baca sikit tips yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat.
1) Jangan lupa untuk ambil sarapan pagi
- ramai sangat orang berpandangan bahawa nak diet je tak payah makan. Persepsi tu sangat salah. Tah siapa yang buat statement tu. Kalau tak makan macam mana nak hidup. Maksudnya disini, buka tak payah makan, makan jela. Tapi dengan kuantiti yang sikit dan makan makanan yang berkhasiat. Nahh, bukan nya tak makan langsung! Tu gila. Ambil lah sarapan sedikit untuk isi perut. Walaupun sekeping roti. Jangan biarkan perut kosong di waktu pagi.
2) Makan dengan kuantiti yang sederhana
- ni nak habaq yang kuat mentedarah tu, nak makan boleh tapi jangan keterlaluan. Kalau lapar sekalipun jangan makan 10 pinggan. Makan banyak ni tak elok, boleh buat diri ni jadi malas. Dah macam ular sawa kekenyangan.
3) Tidur yang mencukupi
- tidur juga memainkan peranan yang sangat penting untuk turunkan berat badan. Tidur lewat memang tak elok untuk kesihatan, ia boleh membantutkan tumbesaran. Amalkan tidur awal sebab kalau tidur lambat, kitorang gerenti perut korang berbunyi mintak makanan. Haa, sebab dah bunyi tu lah korang makan lewat malam. Jawabnya selamat tinggal kurus ! Gemuk lah korang sampai tua.
4) Hindari makan di lewat malam
- baru cakap tadi dekat atas jangan makan waktu lewat malam. hehehe. Sebab apa tak boleh makan lewat malam kan, sebabnya malam ni kita kurang untuk lakukan aktiviti. Yelakan, malam untuk berehat, bukan untuk bersenam. Tu sebab lah jangan makan lewat malam. Nanti makanan tu akan jadi lemak yang boleh mengembangkan badan. Tak percaya? Cuba lah makan pukul 1 pagi.
5) Kurangkan makan makanan manis
- siapa tak suka yang manis kan? Manis sememangnya boleh meningkatkan tenaga kita dalam badan. Namun, meningkatkan gula dalam badan sangat tak baik untuk kesihatan khusus nya untuk berat badan. Sebaiknya korang kurangkan makanan manis seperti kek, kuih yang manis, air gas dan sama waktu dengan nya. Nak makan manis makan seperti madu, buah.
6) Selalu bergerak aktif
- orang kita ni boleh dikategorikan sebagai bangsa yang malas. Hehehe. Jangan marah ye, ni hasil kajian. Malas bukan sebab apa tau, malas nak bersenam. Tu yang muda-muda dah banyak penyakit, muda-muda dah sakit pinggang, sakit lutut, kencing manis pun ada. Kalau korang bekerja, petang balik kerja tu jangan terus rehat, korang terus tukar baju pergi taman ke, tasik ke untuk jogging sikit. Dapat satu round pun dah memadai. Bila peluh keluar tu yang badan sihat, keluar semua toksik-toksik yang korang makan tengahari tadi. Dengan lauk kambing lah, ayam lah.
7) Mesti ada komitmen untuk kurus dan YAKIN
- ni perkara sangat penting kalau korang nekad nak kurus dengan cepat. Korang kena ada satu mindset yang mengatakan yang korang boleh turunkan berat badan dengan cepat. InsyaAllah confirm akan cepat turun berat badan tu. Janji kena amalkan tips-tips yang kitorang bagi ni. Nak kurus tak susah kalau korang rasa tak susah. Serius ni. Cuba amalkan!
Jangan lupa follow facebook kitorang --> Lana Beauty & Health
Website --> www.lanabeautyhealth.com
good info. tq. share ye
ReplyDeleteentry yang mantap...saya minta izin share ye admin. semoga bermanfaat...terima ksih
ReplyDelete