Assalamualaikum, Selamat Tengah Hari.
Macam mana hari anda harini? Okay ke tidok? Harini kitorang nak share sikit pasal kebaikan dan khasiat buah zaitun yang korang tak ambil port pun pasal buah ni. Padahal ia banyak sangat kebaikan pada tubuh badan kita.
Buah zaitun dikenali dengan nama saintifik nya "olea europea" atau nama omputih "olive". Dunia moden zaman sekarang mengiktiraf buah zaitun ni sebagai buah yang tinggi nilainya dalam dunia perubatan. Dalam sudut sains, buah zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
Buah zaitun juga banyak kelebihan untuk tubuh badan kita contohnya muka, rambut, kulit. Jadi tidak hairan lah buah zaitun ni orang memanfaatkan dengan membuat minyak zaitun untuk sapu dimuka, rambut dan kulit. Ia juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan seperti memasak menggunakan minyak zaitun. Tetapi tidak lah sesedap mana jika dibandingkan dengan minyak masak kelapa sawit. Namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " ambil lah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Nabi sendiri mengiktiraf khasiat buah zaitun untuk kulit muka dan kesihatan. Jadi semua, amalkan lah pengambilan buah zaitun. Sekarang dah banyak pengusaha-pengusaha kosmetik yang menghasilkan produk kosmetiknya berasaskan buah zaitun.
Jangan Lupa follow Facebook Lana Beauty
Dan juga Instagram Lana Beauty
--> @lana.beauties
--> @lana.beauties
Sebarang pertanyaan berkenaan Lana Beauty untuk menjadi stokis/ejen boleh hubungi 012 699 5359 atau email kepada lanabeautyhq@gmail.com
No comments:
Post a Comment