Assalamualaikum. Selamat sejahtera Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei. Tahukah anda bahawa salah satu punca kematian yang terbesar didunia ialah serangan jantung. Apa punca nya? Antara punca nya ialah saluran darah kita menyempit dan darah susah nak ke jantung, dan sebab itu jantung susah untuk mengepam darah. Banyak faktor-faktor yang berpunca terkena serangan jantung. Seperti :-
1) Hisap rokok.
- ramai sedia maklum merokok membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Tapi kerana kedegilan sesetengah pihak yang tak nak berhenti merokok, orang lain juga kena tempias kematian disebabkan asap rokok.
2) Makan benda yang berlemak
- benda lemak memang sangat tak baik untuk badan. Lemak tu boleh jadi terkumpul dan jadi tepu yang barangkali akan menyebabkan jantung korang tersumbat. Makan boleh, tapi berpada-pada. Jangan bila raya je korang balun kambing satu periuk.
3) Tekanan perasaan
- ini juga boleh menyebabkan seseorang tu mengalami sakit jantung. Bila tertekan darah juga akan meningkat. Keadaan ini sangat bahaya untuk jantung.
4) Kurang bersenam
- Orang yang obesiti juga berkemungkinan besar untuk terkena serangan jantung kerana diorang ni kurang bersenam. Bila kurang bersenam ni, jantung korang akan jadi lemah sebab tiada tenaga untuk mengepam darah. Bila korang bersenam tu, jantung akan lebih cepat mengepam darah dan semua toksik akan keluar melalui rongga-rongga kulit tisu.
Tips untuk menjaga jantung
1) Kurangkan pemakanan yang mengandungi lemak, kolestrol dan berminyak
2) Sentiasa melakukan aktiviti harian seperti bersenam, berjogging, berjalan kaki dan sebagainya
3) Elakkan makan benda yang manis-manis.
4) Amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan serat dan bijirin, makan buah yang segar, sayur-sayuran yang berkhasiat.
5) Jangan tekanan
Kitorang nak bagi nasihat khususnya untuk orang muda, jagalah kesihatan, jagalah pemakanan korang. Jangan muda-muda ni dah banyak penyakit. Sepatutnya masa muda-muda lah ada tenaga untuk jaga kesihatan, lebih-lebih lagi jantung. Jantung nak pakai lama.
Contohi lah orang-orang cina yang selalu jaga kesihatan. Bila pagi diorang rajin buat senaman, makan dan minum herba yang sihat.
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat. Malaysia Boleh !
Jangan lupa follow Facebook kitorang --> Lana Beauty & Health
Website --> www.lanabeautyhealth.com
jantung sangat penting. Terima kasih admin ! minta share ye
ReplyDeleteTerbaik ����
ReplyDeletetrima ksih. sangat bermanfaat.
ReplyDelete