Saturday, 26 November 2016

Tips Putihkan Kulit Secara Semula Jadi

Rata-rata antara perempuan inginkan wajah yang flawless. Betul tak? Baik yang tua atau pun muda. Masing-masing nak kelihatan cantik, menarik, tertarik kau memang deboom ! Huhu. Sekarang nak cantik bermacam-macam kaedah boleh dilakukan. Samada kaedah tradisional atau moden.

      Kaedah tradisional seperti menggunakan bahan-bahan semula jadi dan kaedah moden pulak guna bahan-bahan kosmetik yang sekarang ni fenomena produk kecantikan da kesihatan. Tapi harini kitorang nak share tips dari segi tradisional. Sebenarnya cara tradisional ni lebih elok tapi bahan-bahan sekarang susah sangat nak cari. Kena pergi ke kampung-kampung untuk cari bahan.

       Lain dengan kaedah moden, beli je produk terus boleh makan atau minum. Tak payah pening-pening nak cari bahan semulajadi. Okay jom tengok apa tips-tips yang berguna untuk korang amalkan.

#1 Putih telur
     - putih telur sangat relevan untuk memutihkan kulit muka sebab khasiat yang ada dalam putih telur ni mengandungi Vitamin A,D,E,K,B2,B5,B9 dan B12. Orang dulu-dulu gemar guna putih telur untuk kesihatan kulit muka. Kesan dalam masa sebulan. Tak percaya cuba sekarang.

#2 Air Beras
     - haa korang kalau nak basuh beras tu, air nya nanti jangan buang. Ramai yang tak tahu khasiat yang ada dalam air beras tu. Banyak sangat khasiat untuk kesihatan muka. Air beras mampu untuk melembutkan muka, melicinkan muka dan memutihkan muka macam warna beras tu. Putih sangat ! Cara nya amik air beras dan amik tuala rendam dekat air beras tu, sapu dekat muka. Tunggu sampai 10 minit baru bilas balik.

#3 Air masak
     - kaedah ni memang mujarab sangat kalau korang konsisten amalkan. Malas nak cerita manfaat air masak ni. sebab korang dah tahu kan khasiat minum air masak ni untuk kesihatan. Pandai-pandai lah korang, nak cantik kan. Amalkan minum air masak banyak-banyak. Kalau boleh 3 liter sehari.

#4 Timun
     - timun sangat baik untuk muka. orang dulu-dulu suka kisar timun lepas tu tepek-tepek dekat muka. tu muka diorang takde jerawat, jeragat semua tak nampak. Tapi sekarang tak payah susah-susah kisar timun, korang pergi farmasi ke guardian ke apa ke, dah banyak produk timun ni. hehehe.

#5 Tomato
     - siapa tak tahu kelebihan tomato ni memang weng kepala dia. hahaha, orang dulu-dulu selalu ajar cara nak bagi sihat muka dengan guna tomato ni. Cara nya belah nipis(kalau nak jimat) tomato ni, pastu tenyeh je dekat muka. Biarkan selama 30 minit lepas tu bilas guna air suam. Amalkan sampai rasa kulit muka dah licin.


Banyak lagi kaedah-kaedah tradisional ni kalau nak share. Kitorang penat lah nak taip panjang-panjang ni. Hahaha. Kalau nak tahu tips lagi, stay tuned dengan kitorang ye

okbai

#lanabeauty

Follow facebook kitorang --> Lana Beauty & Health

Website --> www.lanabeautyhealth.com

Sunday, 20 November 2016

Apa itu Hyaluronic Acid?

#Tambahan Ilmu

Manfaat Hyaluronic Acid Untuk Kulit

Hyaluronic Acid (HA) merupakan kandungan semulajadi yang sebenarnya sudah ada pada setiap permukaan kulit manusia. HA dalam tubuh manusia adalah molekul yang berperanan sebagai bantalan sendi, saraf, dan memberi hidrasi untuk kulit dan rambut berkat kemampuannya yang mampu menahan kelembapan.

Tak heran bila banyak perusahaan kosmetik yang membuat produk dengan HA sebagai bintangnya kerana memang banyak wanita yang memerlukan kandungan ini untuk menjaga kulit agar sentiasa lembap dan awet muda.

Apa itu Glutathione?

#Tambahan Ilmu

Apa itu Glutathione?

Glutathione dikenali The Master Antioksida. Tidak ada mana-mana anti-oksida yang dapat menandingi Glutathione. Hal ini sendiri diakui oleh saintis seluruh dunia (boleh rujuk Google) kerana banyak sel-sel tubuh yang sangat bergantung dengan Glutathione.

Belum ada Anti-oksida lain yang mampu menyamai Glutathione yang telah terbukti mampu membantu berbagai penyakit kronik dan mampu untuk menjadikan tubuh dan kulit nampak lebih muda.

Apa peranan Glutathione dalam badan manusia?

1) Pemelihara Kehidupan Tubuh
2) Anti Penuaan
3) Merangsang generasi sel baru dalam tubuh

Tuesday, 15 November 2016

Tips Menjaga Kesihatan Jantung



Assalamualaikum. Selamat sejahtera Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei. Tahukah anda bahawa salah satu punca kematian yang terbesar didunia ialah serangan jantung. Apa punca nya? Antara punca nya ialah saluran darah kita menyempit dan darah susah nak ke jantung, dan sebab itu jantung susah untuk mengepam darah. Banyak faktor-faktor yang berpunca terkena serangan jantung. Seperti :- 

1) Hisap rokok.
    - ramai sedia maklum merokok membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Tapi kerana kedegilan sesetengah pihak yang tak nak berhenti merokok, orang lain juga kena tempias kematian disebabkan asap rokok.

2) Makan benda yang berlemak
   - benda lemak memang sangat tak baik untuk badan. Lemak tu boleh jadi terkumpul dan jadi tepu yang barangkali akan menyebabkan jantung korang tersumbat. Makan boleh, tapi berpada-pada. Jangan bila raya je korang balun kambing satu periuk.

3) Tekanan perasaan
   - ini juga boleh menyebabkan seseorang tu mengalami sakit jantung. Bila tertekan darah juga akan meningkat. Keadaan ini sangat bahaya untuk jantung.

4) Kurang bersenam
   - Orang yang obesiti juga berkemungkinan besar untuk terkena serangan jantung kerana diorang ni kurang bersenam. Bila kurang bersenam ni, jantung korang akan jadi lemah sebab tiada tenaga untuk mengepam darah. Bila korang bersenam tu, jantung akan lebih cepat mengepam darah dan semua toksik akan keluar melalui rongga-rongga kulit tisu.


Tips untuk menjaga jantung


1) Kurangkan pemakanan yang mengandungi lemak, kolestrol dan berminyak
2) Sentiasa melakukan aktiviti harian seperti bersenam, berjogging, berjalan kaki dan sebagainya
3) Elakkan makan benda yang manis-manis.
4) Amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan serat dan bijirin, makan buah yang segar, sayur-sayuran yang berkhasiat.
5) Jangan tekanan


Kitorang nak bagi nasihat khususnya untuk orang muda, jagalah kesihatan, jagalah pemakanan korang. Jangan muda-muda ni dah banyak penyakit. Sepatutnya masa muda-muda lah ada tenaga untuk jaga kesihatan, lebih-lebih lagi jantung. Jantung nak pakai lama.

Contohi lah orang-orang cina yang selalu jaga kesihatan. Bila pagi diorang rajin buat senaman, makan dan minum herba yang sihat.


Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat. Malaysia Boleh !



Jangan lupa follow Facebook kitorang --> Lana Beauty & Health

Website --> www.lanabeautyhealth.com
 

Monday, 14 November 2016

7 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

Holla. Dah baca ke belum entry kitorang sebelum ni? Dapat manfaat tak? Kalau dapat Alhamdullilah. Sejuk hati dengar. Hehehe. Tapi jangan lupa amalkan ye. Jangan baca saja. Kalau rasa bermanfaat share dekat kawan-kawan. Dapat pahala.

Okay lah, tanpa berlengah masa, harini kitorang nak share tips untuk turunkan berat badan dengan cepat. Fuyoo! Turunkan berat badan dengan cepat? Boleh ke? Serius ke?

Haa, tu lah korang. Dalam dunia ni semua boleh kalau kita berusaha. Sesiapa yang berusaha dia lah yang berjaya. Banyak cara-cara boleh diguna pakai untuk kurus dengan cepat. Cuma rajin dengan tak rajin je. Jom baca sikit tips yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat.

1) Jangan lupa untuk ambil sarapan pagi
    - ramai sangat orang berpandangan bahawa nak diet je tak payah makan. Persepsi tu sangat salah. Tah siapa yang buat statement tu. Kalau tak makan macam mana nak hidup. Maksudnya disini, buka tak payah makan, makan jela. Tapi dengan kuantiti yang sikit dan makan makanan yang berkhasiat. Nahh, bukan nya tak makan langsung! Tu gila. Ambil lah sarapan sedikit untuk isi perut. Walaupun sekeping roti. Jangan biarkan perut kosong di waktu pagi.

2) Makan dengan kuantiti yang sederhana
    - ni nak habaq yang kuat mentedarah tu, nak makan boleh tapi jangan keterlaluan. Kalau lapar sekalipun jangan makan 10 pinggan. Makan banyak ni tak elok, boleh buat diri ni jadi malas. Dah macam ular sawa kekenyangan.

3) Tidur yang mencukupi
    - tidur juga memainkan peranan yang sangat penting untuk turunkan berat badan. Tidur lewat memang tak elok untuk kesihatan, ia boleh membantutkan tumbesaran. Amalkan tidur awal sebab kalau tidur lambat, kitorang gerenti perut korang berbunyi mintak makanan. Haa, sebab dah bunyi tu lah korang makan lewat malam. Jawabnya selamat tinggal kurus ! Gemuk lah korang sampai tua.

4) Hindari makan di lewat malam
    - baru cakap tadi dekat atas jangan makan waktu lewat malam. hehehe. Sebab apa tak boleh makan lewat malam kan, sebabnya malam ni kita kurang untuk lakukan aktiviti. Yelakan, malam untuk berehat, bukan untuk bersenam. Tu sebab lah jangan makan lewat malam. Nanti makanan tu akan jadi lemak yang boleh mengembangkan badan. Tak percaya? Cuba lah makan pukul 1 pagi.

5) Kurangkan makan makanan manis
    - siapa tak suka yang manis kan? Manis sememangnya boleh meningkatkan tenaga kita dalam badan. Namun, meningkatkan gula dalam badan sangat tak baik untuk kesihatan khusus nya untuk berat badan. Sebaiknya korang kurangkan makanan manis seperti kek, kuih yang manis, air gas dan sama waktu dengan nya. Nak makan manis makan seperti madu, buah.

6) Selalu bergerak aktif
    - orang kita ni boleh dikategorikan sebagai bangsa yang malas. Hehehe. Jangan marah ye, ni hasil kajian. Malas bukan sebab apa tau, malas nak bersenam. Tu yang muda-muda dah banyak penyakit, muda-muda dah sakit pinggang, sakit lutut, kencing manis pun ada. Kalau korang bekerja, petang balik kerja tu jangan terus rehat, korang terus tukar baju pergi taman ke, tasik ke untuk jogging sikit. Dapat satu round pun dah memadai. Bila peluh keluar tu yang badan sihat, keluar semua toksik-toksik yang korang makan tengahari tadi. Dengan lauk kambing lah, ayam lah.

7)  Mesti ada komitmen untuk kurus dan YAKIN
     - ni perkara sangat penting kalau korang nekad nak kurus dengan cepat. Korang kena ada satu mindset yang mengatakan yang korang boleh turunkan berat badan dengan cepat. InsyaAllah confirm akan cepat turun berat badan tu. Janji kena amalkan tips-tips yang kitorang bagi ni. Nak kurus tak susah kalau korang rasa tak susah. Serius ni. Cuba amalkan!


Jangan lupa follow facebook kitorang --> Lana Beauty & Health

Website --> www.lanabeautyhealth.com


Sunday, 13 November 2016

Tips & Perkongsian Untuk Kurus

Assalamualaikum. Hai korang,

Buat apa je tu? Sihat ke dok? Makan ke belum? Harini nak share tips-tips kempiskan perut. Terutama untuk perempuan yang perut buncit tu.

Masalah perut buncit ni mungkin jadi salah satu masalah yang berat bagi sesetengah pihak. Bagi lelaki perut buncit sudah biasa. Hehehe. Lelaki perut buncit seorang yang setia. Jom baca tips macam mana nak kempiskan perut.

#1 Kurangkan Pengambilan gula yang banyak.
     - Kurangkan minum air yang berkarbohidrat contoh minum air gas melebihi had. Air gas mengandungi gula sangat banyak. Gula yang terdapat dalam air gas boleh menyebabkan kencing manis. Kurangkan ye minum air gas

#2 Minum air semasa makan.
     - Nabi melarang semasa makan minum air. Ia boleh mengembungkan perut dan ia tak elok untuk badan. Seeloknya minum air selepas beberapa minit makan.

#3 Kurangkan garam dalam makanan
     - Garam yang berlebihan akan menyebabkan air tersimpan dalam badan dengan lebih banyak.

#4 Lebihkan senaman secara rutin.
     - senaman satu-satu cara yang sangat efektif untuk korang kempiskan perut tu. Ala bukan susah, buat exercise sikit-sikit je. Dalam bilik boleh buat. Buat lah lompat bintang ke, squat ke, lari setempat ke. Kalau nak lebih lagi pergi gym. Lagi sekejap kempis perut tu. Tak percaya cuba lah

#5 Minum air kosong banyak-banyak
    - korang sendiri tahu kan khasiat air kosong ni. So tak payah nak explain panjang lebar. Huhuhu. Paling tidak korang minum 7 gelas sehari dah cukup dah. Tapi jangan banyak sangat minum air kosong, nanti akan efek buah pinggang.

#6 Makan produk-produk yang mengempiskan perut
     - sekarang trend kosmetik sejak nama Dato Vida dgn Dato Alif Terlajak Laris dah popular. Semua nak jual kosmetik. Huhuhu. Tapi bagus lah. Sekarang dah banyak sangat produk yang boleh kempiskan perut. Search je dekat FB. Tapi jangan ingat lepas makan satu produk tu terus langsing perut hg. Memang tak ler. Kena lah konsisten amalkan produk ye :)


Jadi ini saja lah dulu tips dan perkongsian dari kitorang ye. Semoga manfaat dekat korang. Kalau baik hati tu share ye. muahh. huhuh

Jumpa lagi di entry lain. Okbai

#lanabeauty
#kasijadik

Follow facebook kitorang --> Lana Beauty & Health

Website --> www.lanabeautyhealth.com

Jogging dan Selfie

Assalamualaikum,

Hari ahad ni tiada yang best melainkan duduk rumah dan ngadap Facebook dengan Youtube. Huhuhu.

Hari ni kitorang nak share pasal #tipskurus. Tips ni lebih utamakan perempuan, sebab sekarang perempuan je sibuk nak kurus padahal dah kurus. Lelaki tak payah sibuk nak kurus, sebab lelaki perut buncit dan lelaki gemuk lagi seksi dari lelaki sado. Ni kenyataan. Hahaha

Okay lah, ramai orang tahu jogging boleh membakar kalori dalam badan dengan banyak. Korang jogging 3 hari straight insyaAllah boleh nampak perubahan. Selain tu, lepas jogging tu jangan terus berhenti rehat, korang kena lakukan sikit exercise supaya urat-urat tak terkejut bila korang berhenti tadi.

Ia boleh menyebabkan semput tau kalau jogging lepas tu terus berhenti tanpa buat exercise. Then, banyakkan minum air kosong. Ni sangat penting. Air boleh hilangkan dehidrasi dalam badan. Kalau nak best minum air 100 plus. Fuhh, lepas jogging pekena 100 plus memang tip top.

Okay, jogging ni bagus. Tapi kebanyakkan kitorang tengok perempuan yang berjogging ni banyak berselfie dari berlari. Hahaha. Kenapa ea? Nak post dekat instagram la tu. Caption "done jogging", padahal  berlari baru 5 meter. Kenap tak tulis caption "done selfie". hahaha

Akhir kata, jogging lah untuk tubuh badan sendiri. Muda muda ni lah nak jaga kesihatan, masih banyak tenaga. Dah tua nanti mcm mana nak jogging. Jogging dalam rumah jela. Huhuhu

Okbai

Jangan lupa follow Facebook kitorang --> Lana Beauty & Health

Instagram --> @lana.beauties

Website --> www.lanabeautyhealth.com 


#lanabeauty
#kasijadik

Majulah jogging untuk negara .